Isnin, 3 Oktober 2011

RPH KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA
Mata pelajaran              : Dunia Seni Visual                                                     Masa                                : 60 minit
Kelas                                  : 2M                                     
Bidang                              : Membentuk Dan Membuat Binaan                   Tema dan Tajuk            : Alam Semula Jadi – Topeng

Standard Pembelajaran
3.1 Persepsi Estetika
      3.1.1 Unsur Seni
                3.1.1.1
                3.1.1.2
                3.1.1.3
      3.1.2 Prisip Rekaan
                3.1.2.1
                3.1.2.2
3.2 Aplikasi Seni
      3.2.1 Media
                3.2.1.1 Alat
                3.2.1.2 Bahan
      3.2.2 Proses dan  Teknik

3.3 Ekspresi Seni
      3.3.1
      3.3.2
      3.3.3
               

3.4 Apresiasi Seni
      3.4.1
      3.4.2

Objektif Pembelajaran


Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1.        mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng muka.
2.        mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan topeng muka.
3.        mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media serta kemahiran teknik dan proses dalam penghasilan topeng muka.
4.        membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.
Aktiviti P&P
1.        Guru menunjukkan gambar-gambar pelbagai jenis topeng.
2.        Guru meminta murid mengatakan perbezaan topeng-topeng ini.
3.        Guru menunjukkan gambar-gambar beberapa jenis bunga.
4.        Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar dengan penggunaan komputer dan LCD.
5.        Guru mengaitkan tajuk dengan gambar.
6.        Guru memberi penerangan berkaitan aktiviti yang akan dijalankan.
7.        Guru menunjukkan topeng muka yang telah siap.
8.        Guru membuat demontrasi membuat topeng muka.
9.        Murid melakukan aktiviti membuat topeng muka dengan bimbingan guru.
10.     Murid membuat topeng muka.
11.     Murid membuat aspresiasi tentang hasil karya yang telah dihasilkan oleh mereka dan rakan-rakan.
EMK
Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi, TMK
Bahan Bantu Mengajar
Gambar-gambar bunga, contoh topeng muka.
Nilai Murni
Mencintai alam semula jadi, berdikari
Alat dan Bahan
Alat: Gunting, penebuk lubang, pensel.
Bahan: Pensel warna atau oil pastel, kad manila, tali dan gelung getah.
Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat topeng muka berdasarkan 4 Standard Kandungan.
Refleksi
28 murid berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan 2 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan dalam sesi pembelajaran yang akan datang.

Aktiviti P&P
Penerangan, BBM dan ilustrasi, EMK

Persepsi estetik

1.        Guru menunjukkan gambar beberapa jenis topeng dengan penggunaan komputer dan LCD.
2.        Guru bersoal jawab dengan murid tentang topeng.
3.        Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bunga dengan penggunaan komputer dan LCD
4.        Guru bersoal jawab tentang gambar dengan murid.
5.        Guru bersoal jawab dengan murid tentang media yang sesuai untuk membuat topeng muka. (EK 1)

-           Gambar-gambar topeng
-           Gambar-gambar bunga

EMK Keusahawanan
EK1
Boleh membina jaringan sosial

Indikator
Murid…
-           boleh berkomunikasi dengan baik
-           mesra dengan semua orang
-           boleh mengekalkan hubungan baik

Aplikasi seni

1.        Guru memberi penerangan berkaitan aktiviti yang akan dijalankan.
2.        Guru menunjukkan topeng muka yang telah siap.
3.        Guru membuat demontrasi membuat topeng muka.

                                                                                                                                                        



EMK Keusahawanan
EK1
Berorientasikan masa depan

Indikator
Murid…
-           boleh berimaginasi terhadap sesuatu yang belum berlaku
-           boleh menyenaraikan kesan dan akibat terhadap sesuatu tindakan
-           boleh menjangkakan sesuatu
-           boleh membuat perancangan

Ekspresi kreatif

1.        Murid melakukan aktiviti membuat topeng muka dengan bimbingan guru.
2.        Murid membuat topeng muka.

Langkah 1
Murid melakarkan gambar bunga yang bermuka di atas kad manila.

Langkah 2
Warnakan gambar bunga yang bermuka dengan warna sekunder.

Langkah 3
1.        Guntingkan topeng muka mengikut bentuk.
2.        Guntingkan lubang ‘mata’ topeng muka.
3.        Menebuk lubang pada sisi topeng muka.
4.        Ikat gelung getah pada lubang kecil dan selepas itu ikat tali      untuk dipakai. 
 (EK1, EK2, EK3 )

EMK Keusahawanan
EK1
Daya kreativiti dan inovasi

Indikator
Murid…
-           suka memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan
-           boleh memberi banyak idea
-           boleh menilai idea untuk memilih idea yang terbaik
-           boleh mencipta/ mereka cipta sesuatu

EK2
Malaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit

Indikator
Murid…
boleh mengaplikasi ilmu/ teknologi untuk merealisasikan idea yang telah dipilih

EK3
Melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan

Indikator
Murid…
berupaya menjalankan tugasan mengikut perancangan


Apresiasi seni visual

1.        Murid mempamerkan hasil kerja dengan memakai topeng muka.
2.        Murid membuat aspresiasi tentang hasil karya yang telah dihasilkan oleh mereka dan rakan-rakan.
3.        Murid memberi cadangan untuk menghasilkan topeng muka lain yang  berkaitan dengan alam semula jadi.

EMK Keusahawanan
EK5
Prinsip ketelusan

Indikator
Murid…                        
-           menyatakan/ menyampaikan maklumat dengan betul/ jelas
-           tidak selindung




Tiada ulasan:

Catat Ulasan